Saturday, July 17, 2010

LEADERSHIP THEORIES

Interest in leadership increased during the early part of the twentieth century. Early leadership theories focused on what qualities distinguished between leaders and followers, while subsequent theories looked at other variables such as situational factors and skill levels. While many different leadership theories have emerged, most can be classified as one of eight major types:
1. “Great Man” Theories:
Great Man theories assume that the capacity for leadership is inherent – that great leaders are born, not made. These theories often portray great leaders as heroic, mythic and destined to rise to leadership when needed. The term “Great Man” was used because, at the time, leadership was thought of primarily as a male quality, especially in terms of military leadership.
2. Trait Theories:
Similar in some ways to "Great Man" theories, trait theory assumes that people inherit certain qualities and traits that make them better suited to leadership. Trait theories often identify particular personality or behavioral characteristics shared by leaders. But if particular traits are key features of leadership, how do we explain people who possess those qualities but are not leaders? This question is one of the difficulties in using trait theories to explain leadership.
3. Contingency Theories:
Contingency theories of leadership focus on particular variables related to the environment that might determine which particular style of leadership is best suited for the situation. According to this theory, no leadership style is best in all situations. Success depends upon a number of variables, including the leadership style, qualities of the followers and aspects of the situation.
4. Situational Theories:
Situational theories propose that leaders choose the best course of action based upon situational variables. Different styles of leadership may be more appropriate for certain types of decision-making.
5. Behavioral Theories:
Behavioral theories of leadership are based upon the belief that great leaders are made, not born. Rooted in behaviorism, this leadership theory focuses on the actions of leaders not on mental qualities or internal states. According to this theory, people can learn to become leaders through teaching and observation.
6. Participative Theories:
Participative leadership theories suggest that the ideal leadership style is one that takes the input of others into account. These leaders encourage participation and contributions from group members and help group members feel more relevant and committed to the decision-making process. In participative theories, however, the leader retains the right to allow the input of others.
7. Management Theories:
Management theories (also known as "Transactional theories") focus on the role of supervision, organization and group performance. These theories base leadership on a system of rewards and punishments. Managerial theories are often used in business; when employees are successful, they are rewarded; when they fail, they are reprimanded or punished.
8. Relationship Theories:

Relationship theories (also known as "Transformational theories") focus upon the connections formed between leaders and followers. Transformational leaders motivate and inspire people by helping group members see the importance and higher good of the task. These leaders are focused on the performance of group members, but also want each person to fulfill his or her potential. Leaders with this style often have high ethical and moral standards.

http://psychology.about.com/od/leadership/p/leadtheories.htm

Kritikan artikel yang pertama

Kritikan artikel pertama sudah siap. Malam tadi pulun habis menyiapkannya. Hari ini edit mana yang patut. Sebenarnya itulah yang terbaik dapat dibuat. namun masih tak berapa pasti, betul atau tidak kritikan yang dibuat.

Semalam, selepas menghadiri Corporate Talik oleh Dr King dari Universiti Leeds, UK, berjumpalah pula dengan Sazana, rakan DBA yang juga pensyarah Politeknik Ungku Umar. Memang sudah buat perancangan untuk berbincang tentang tugasan mengkritikan hasil kajian orang lain. Sebelum itu, bertemu juga dengan Haji Helmi (penghulu DBA3) dan kak Raziah. Pertemuan yang singkat digunakan untuk berbincang tentang tugasan. Dapat juga sedikit sebnayak input berguna hasil perbincangan yang diadakan di pintu keluar dari Hotel Impiana. Hanya selepas itu, saya dan zana pergi ke lobi dan berbincang tentang artikle yang diberikan oleh Dr Zuriah. Teringat pula pada pertemuan lalu lewat pengajian sarjana Bahasa Melayu dengan pensyarah,En Wong. Biasalnya kami berdiskusi di lobi hotel ketika beliau datang ke Ipoh (menghadiri kuliah separuh masa UM). Kesempatan diambil sebelum beliau pergi ke kuliah untuk mengajar.

Pertemuan dnegan Zana membuahkan sedikit idea tambahan namun masih tidak pasti bagaimana hendak memulakan penulisan. Saya sudah mengambil beberapa panduan mengkritik artikel daripada internet. Memang banyak membantu.

Malamnya saya tidur awal. Mengantuk sangat. Saya tidak pasti pukul berapa saya bangun tetapi bila tersedar saya terus bersolat malam. Saya yakin dengan cara itu, Allah akan memudahkan saya dengan urusan saya. Alhamdulillah, dalam kepayahan ,kritikan artikel dapat saya siapkan. Ketika itu jam sudha menunjukkan 4.30 pagi. Saya rasa kepala mulai berat dan mengambil keputusan untuk tidur. Sebelum itu, saya bersolat syukur. Saya mohon agar saya mampu bersolat malam dan membuat kerja-kerja penulisan pada hari-hari seterusnya. Saya tahu kekuatan dan semangat yang saya miliki bukanlah datang dari dlaam diri  namun merupakan kurniaan daripada Allah. Allah yang memungkin segalanya berlaku. Saya tahu tugasa saya berat. Mengikuti DBA juga berat. Namun saya yakin bahawa semuanya ini ada hikmahnya. pasti ada sebab kenapa Allah mengerakkan hati saya untuk terus belajar walaupun dalam masa yang sama bekerja. Pasti ada hikmahnya, kenapa pada waktu ini ,peluang terbuka luas untuk saya untuk menulis dan belajar. 

Saya baru menerima surat menyatakan saya mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. hanya di sini, berani saya nyatakan sebab tiada siapa tahu identiti saya. pada rakan-rakan, saya diamkan sahaj berita gembira ini kerana bimbang menimbulkan riak. lagipun saya tidak mahu menimbulkan rasa kurang senang orang lain terhadap rezeki yang saya dapat.Entahlah!Saya rasa pelik. Kenapa setiap kali diumumkan (saya telah berpindah sekolah,kemungkinan mereka mengetahui hakikat saya mendapat APC adalah rendah), nama-nama yang mendapat APC, apsti ada yang tidak berpuas hati,sedangkan saya tidak. Saya tidak pernah terfikir untuk mendapat APC. Namun saya rasa amat bersyukur. Allah memberikan pengalaman yang amat berharga. inilah hikmah Allah sewaktu ditakdirkan saya ditukarkan ke ACS. Memang saya sedih dan berat untuk menerimanya. 2 kali pertukaran saya pohon namun permohonan saya ditolak. akhirnya, saya membuat keputusan utnuk memanfaatkan kehadiran saya di ACS. Rupanya Allah maha Mengetahui. dI ACS,saya belajar utnuk memberi tanpa mengharapkan balasan. Saya lakukan sesuatu untuk sekolah dan anak-anak didik dengan seikhlas hati. Syukur, alhamdulillah. Keikhlasan itu dibalas dengan pelbagai rezeki. saya dinaikkan pangkat dan kini mendapat APC pula. Bukan sekadar itu, saya diberi peluang dan ruang untuk menulis (satu-satunya hobi yang saya minat sejak dulu) dan impian dulu untuk menyambung DBA ditunaikan Allah. Entahlah!Saya amat bersyukur namun dalam masa yang sama saya berasa amat kerdil.Agaknya inilah doa yang Allah makbulkan. Ya Allah! jauhlah daku daripada berasa riak dan takabur dengan kelebihan dan rezeki yang Kau berikan. Jadikanlah aku ,hamba-Mu yang sentiasa bersyukur.Amin.

Selepas ini, petang ini, saya akan mula mendrafkan kembali proposal DBA yang eprlu dihantar minggu hadapan. Biarpun amsih ada seminggu namun, minggu hadapan juga tarikh akhir menghantar kritikan artikel yang kedua. Moga segalanya berjalan lancar.

Thursday, July 15, 2010

MENCARI!MENCARI!

Nak mendapat idea perlu membaca.Apa bahan yang perlu dibaca?Tak pasti di mana harus dimulakan. Akhirnya membaca tesis PHD yang cadangnya nak direplicate.(entah betul atau tidak ejaan tu). Adalah nampak sedikit laluannya walaupun masih samar-samar. Pagi ini melayari internet dengan mula mencari maklumat sekolah agama di Perak. Hendak dapat maklumat sekolah agama kerana cadangnya kajian tentang gaya kepimpinan pengetua di sekolah agama. Rasanya (sebab tak yakin lagi significant constribution pada penegtahuan baru) nak lihat dan jadikan panduan model kepimpinan yang boleh diguna pakai oleh penegtua sekolah agama yang lain untuk membantu meningkatkan keberkesanan misi dan visis sekolah demi pembangunan ummah.

Itulah cadangnya. Cuma mencari maklumat dan membaca, memang memakan masa sedangkan ada lagi seminggu sahaja hendak hantar proposal. Pening dan risau dibuatnya. dalam pada itu kerja sendiri pun ada target perlu dicapai. Apa-apapun langkah perlu diatur. Semoga Allah permudahkan.

Hari ini ,saya akan menghadiri Corporate Talk oleh pensyarah dari UK. Tak tau lah macamana keadaannya. Bestnya, pengetua bagi pelepasan kerana kehadiran memberi extra credit pada DBA nanti. Harap-harap pencarian ilmu mendatangkan manfaat pada diri dan anak bangsa. Insyaallah.

Saturday, July 10, 2010

Peningnya kepala

Minggu ini tidak ada kelas namun akan diganti pada minggu hadapan. Walaupun baru 2hari hadir kelas DBA (kira 10 jam), banyak tugasan yang perlu dibuat. Yang paling susah ialah hendak buat proposal tesis. Hari tu, dr Zuriah ada komen tentang proposal yang saya buat masa temuduga dulu. Alahai!Banyak pulak kelemahannya. Nak mencari topik yang baru bukan main susah. Memang tidak ada idea. Dr Zuriah kata,untuk mendapat idea perlulah banyak membaca. Bila ada yang bertanya sama ada boleh atau tidak merujuk kepada kajian orang lain dan mengubahsuaikan dengan keadaan dan situasi di Malaysia, beliau membenarkan. 

Yang dipentingkan ialah ilmu penegtahuan baru yang tulen, maksudnya bukannya kajian untuk menyelesaikan masalah yang ada namun lebih kepada mencari jawapan kepada sesuatu persoalan yang kita sendiri yang hendak mencari jawapannya. Misalnya kisah Isaac yang mendapat idea untuk mencari jawapan kepda persoalan kenapa buah epal jatuh ke bawah. Daripada idea itulah, beliau membuat kajian dan akhirnya menemukan jawpannya iaitu graviti menjadi penyebab epal jatuh ke bawah. Dan ilmu itulah digunakan sehingga ke hari ini.

Saya sudah mencari bahan (yang pastinya masih belum cukup) namun masih belum berkesempatan utnuk meneliti satu persatu. Membaca,membaca dan membaca merupakan tindakan yang harus saya lakukan. Ah!Letihnya. Namun masalah sebenarnya saya bukanlah aktiviti membaca itu. Saya suka membaca terutama perkara-perkara baru. Yang jadi masalahnya ialah masa. Banyak perkara yang perlu saya lakukan sedangkan masanya seakan tidak mencukupi.

Saya perlu membuat kritikan artikel namun artikelnya pun belum habis dibaca. Nota daripada buku teks pun belum berbuat. Ada 6 bab yang perlu dibaca. 30% markah adalah daripada ujian bertulis. Itu pun satu hal. Kena baca jugak. Itulah yang sebenarnya DBA ini. Proses mencari ilmu memerlukan pembacaan yang banyak. Banyak membaca luas pengetahuan.

Saya hanya meluangkan masa sedikit untuk menulis di blog ini. Itupun sekadar untuk menghilangkan letih mencari bahan untuk proposal. saya tidak pasti apa yang akan saya lakukan selepas ini. Sama ada membaca teks dan cuba membuat kritikan artikel ataupun membaca bahan-bahan yang sudah saya kumpulkan untuk mendapat idea topik proposal saya. Ataupun saya lupakan tentang DBA untuk sementara waktu dan kembali menyambung penulisan novel. Dalam amsa yang sama saya teringatkan Perancangan Strategi Panitia dan Komuniti yang perlu saya siapkan kerana tarikh akhir hantar ialah pertengahan Julai.

Apa-apapun saya akan pastikan masa saya tidak akan berlalu sia-sia. kalau tidak dapat selesaikan semuanya, dapat satu tindakan yang bermanfaat dapat dilakukan pun sudah memadai. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit cuma masalah sekarang ialah daripada segi masa.

Sunday, July 4, 2010

Hari Kedua

4/7/2010

Hari ini merupakan kelas kedua. Hari ini mula terasa susahnya DBA. Paling susah untuk membuat proposal untuk disertasi. Masing-masing dalam keadaan 'ambiguity' (entah betul atau tidak ejaannya-dah malas nak kira,otak dah letih). nasihat dr Zuriah, banyak membaca. Tak faham lagi, baca. tak faham, baca. Yang penting katanya ialah membuat banyak bacaan dan dari bacaan itulah baru munculnya idea. Daripada idea barulah diwujudkan persoalan dan seterusnya hipotesis. Katanya lagi, mencari 'pure knowledge' memang susah. Nak menjadikan sesuatu itu maklumat baru pun susah. DBA lebih merupakan pengalaman mencari ilmu. Mungkin benar, inilah perjalanan yang sebenarnya. Mencari ilmu untuk mengenal Allah. 

Walaupun cabarannya besar, saya yakin jika inilah jalan yang terbaik untuk saya, insyaAllah akan saya buat yang terbaik. jadi langkah pertama yang perlu saya lakukan ialah membaca. Lepas solat Maghrib nanti, saya hendak baca journal dan mencari maklumat di internet. langkah pertama itu amat penting.

Emak saya bertanya tentang kelas pada hari ini. Terharunya saya. Walaupun sudah berumur 40 tahun, emak masih mengambil berat tentang diri saya. Yang paling seronok kerana emak memberi semangat kepada saya untuk mencapai cita-cita. Alhamdulillah, emak telah memberi restu kepada saya. Begitu juga suami dan anak-anak saya. Moga Allah mempermudahkan. Amin.

Saturday, July 3, 2010

Hari Pertama Kuliah DBA

3 JULAI 2010

Hari ini merupakan hari pertama saya menghadiri kelas DBA saya di Kampus Cawangan Ipoh (Seksyen 18 pasir Puteh). Pad mulanya berat  untuk saya hadiri kelas. Melihatkan keadaan suami yang baru diserang sesak nafas, berat rasa hati untuk meninggalkannya, biarpun dia sudah dalam kembali pulih. Jam 1.20 petang pun saya masih teragak-agak untuk pergi sedangkan jam 1.45 petang saya harus keluar dari rumah kerana perjalanan dari Gopeng untuk ke sana mengambil masa lebih kurang 30 minit dan kelas bermula jam 2.30 petang.

Sepanjang perjalanan, saya masih tertanya-tanya. Betulkah tindakan saya ini? Apakah yang sebenarnya yang saya cari? Adakah semata-mata gelaran Dr atau apa? saya mula meragui diri. Saya bertanya pada diri,"Adakah ini yang Allah takdirkan untuk saya? saya mohon agar diberi kedudukan yang tinggi di mata orang lain tetapi rendah di mata sendiri. Memang terasa diri begitu kerdil. Saya tidak punyai apa-apa berbanding insan lain. Tapi saya cukup gembira dengan kehidupan saya, keluarga saya dan pekerjaan saya.

Sampai di kampus, hati masih berdebar-debar. Semasa meletakkan kenderaan, saya telah ditegur oleh pengawal keselamatan di petak letak kereta yang kedua. Di sisi hadapan bangunan kampus, hanya terdapat 3 petak meletak kereta. yang pertama sudah ada kereta dan saya letakkan kereta saya di petak ketiga. Namun 'pak guard' mengisyaratkan untuk saya letakkan di petak kedua. Saya berat untuk melakukan itu sebab saya bimbang sekiranya hendak balik, saya tidak dapat mengeluarkan kereta saya dari tempat tersebut kerana kedudukannya terlalau hampir antara satu sama lain.

Apa-apapun saya merupakan orang ketiga sampai. Ketika itu Dr Zuriah yang juga merupakan Pengarah Program Lepasan Ijazah UitM sudahpun sampai. Ketika itu, ada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai kamal (yang kemudiannya saya ketahui merupakan pensyarah UiTM Seri Iskandar dalam bidang IT). Seorang lagi ialah Raziah iaitu bekas pelajar EMBA UiTM Seri iskandar Batch Pertama.maksudnya dia ialah senior saya kerana saya bekas pelajar EMBA Batch 3.

Keseluruhannya kami ada 14 orang (yang telah mendaftar) dan esok akan hadir seorang lagi pelajar DBA. pada peringkat awal, Dr Zuriah menceritakan perihal Program DBA UiTM, berkaitan bilangan pelajar, kampus cawangan dan lain-lain yang saya tidak berapa ingat. Agak menarik juga perjalanan danperancangan yang cuba diaturkan oleh UiTM dalam emlahirkan ilmuan Melayu khasnya.

Pada hari ini kelas pertama ialah berkatan Metodology Penyelidikan. dari segi penilaian pula terbahagi kepada 4 bentuk:

Kritikan Artikel

Persembahan

Proposal Penyelidikan

Ujian 1&2

yang menjadi cabaran besar ialah segala-galanya dilaksanakan dalam masa sebulan iaitu dari kelas pertama 13/7/2010 hingga 1/8/2010. kalau diikutkan tidak sampai genap 30 hari pun.

Kata Dr Zuriah," Sebenarnya DBA lebih susah daripada PHD kerana melibatkan kerja kursus, kuliah, peperiksaan dan pembentangan. Kali ini (berbeza daripada program EMBA) tumpuan lebih kepada kerja persendirian buakn lagi kumpulan. Tujuan segala kursus adalah untuk membentuk karektor bagi pelajar DBA supaya akhirnya mampu bergerak sendiri dan melahirkan disertasi yang mencapai standard yang diinginkan oleh UiTM. kalau dalam EMBA, kami dikehendaki untuk membuat Applied Business Project namun kali ini penyelidikan haruslah lebih kepada penyelidikan tulen (pure research).

Belum pun apa-apa, kami sudah diserahkan tugas yang pertama ialah kritikan artikel " The role of broader context and the communication program in merger and acquisition implementation success". Yang mahu dikritik ialah dari segi 8 elemen (panduan kritikan sudah diberikan). Yang perlu diberi perhatian ialah:

1) Adakah subjek benar-benar dikaji?

2) Adakah rujukan penyeldikan telah dibuat?

3) Adakah penyelidikan berdasarkan element yang  boleh dipercayai (reliable)

4) Apakah 'theoretical framework' yang digunakan?

5) Method sample

6) Implimentasi

7) Analisis

8) Kesimpulan

Ah! Agak sukar juga saya untuk menterjemahkan istilah-istilah yang digunakan. Medium bahsa yang digunakan oleh UiTM tentulah bahasa Inggeris. Itulah cabaran besar juga bagi saya kerana saya kurang fasih berbahasa Inggeris. Saya lebih yakin dalam menulis dalam bahasa Inggeris tetapi keyakinan untuk berbual dalam bahsa kedua itu agak kurang. Sememangnya bahasa perlu dipraktikkan setiap hari sedangkan saya tidak menggunakan bahasa Inggeris dalam kehidupan saya ataupun pekerjaan saya sebagai guru. Apa tidaknya, saya ialah guru bahasa Melayu.

Separuh masa untuk kelas 4 jam pada hari sabtu lebih kepada latar belakang DBA dan tugasan-tugasan yang perlu dilakukan (termasuk syarat-syarat tugasan) bagi kertas Metodology Penyelidikan . untuk Kritikan Artikel ,kami hanya perlu menulis 3 muka surat sahaja. Tummpuan penulisan pada ringkasan artikel, kekuatan dan kelemahan (yang dilihat daripada 8 elemen yang telah saya etrangkan) dan cadangan untuk penambahbaikan. Tujuan tugasan ini supaya pelajar DBA mampu membentangkannya dalam seminat atau konferense.

 Proposal Penyelidikan pula perlu ditulis dalam 10-20 muka surat. Sebarang rujukan internet dengan alamat url adalah tidak dibenarkan dan dianggap bukan tahap DBA. begitu juga pandangan individu. Segalanya perlu berlandaskan rujukan dan penyelidikan lepas yang dibuktikan sah dan diterima. Lebih mudah jika penyelidikan lepas diambil daripada journal yang telah diiktiraf. Kami dinasihatkan supaya dalam mengkritik atau membicarakan tentang sesuatu kaedah atau penyelidikan lepas, kami tidak lupa untuk memberi perhatian terhadap tokoh-tokoh penyelidikan dalam bidang berkenaan dan 'quote' teori dan akedah yang digunakan. Adalah tidak logik kiranya kami membicarakan tentang pemasaran tetapi langsung tidak menyentuh tentang teori pemasaran dan tokoh yang mencipta teori tersebut. Untuk proposal DBA, kami dinasihatkan supaya memebuat lebih kurang 25 penyelidikan perpustakaan 'library research' kerana dalam tesis kami nanti , perlua da lebih kurang 50 penyelidikan perpustakaan. Lupa untuk saya jelas bahawa, untuk DBA, kami perlu memastikan bahawa penyelidikan kami perlu diterbitkan dalam journal yang telah diiktiraf dengan memasukkan sekali nama penyelia.

Topik pertam kuliah ialah tentang Penyelidikan Perniagaan. Kata Dr Zuriah " Sebenarnya dlam apapun aspek kehidupan, kita memerlukan ilmu. Untuk beramal ibadat pun kita perlukan ilmu sebelum tindakan. Menuntut ilmu merupakan tuntutan pertama oleh Allah. Kemudian kita perlu menagmalkan ilmu yang kita peroleh itu"

Begitu juga halnya dengan Perniagaan. Sebelum berjaya, kita perlukan ilmu.  oleh itu dlaam penyelidikan perniagaan segalanya bermula dari idea@ construct yang diperoleh daripada pemerhatian atau pandangan tentang fenomena yang berlaku di sekeliling kita. Hali ini yang memberikan idea topik untuk dikaji.Lebih kepada kita bertanya untuk mendapat jawapan "ask to seek answer'

Hanya selepas itu, barulah kita melihat kepada teori yang telah digunaka pakai atau diiktiraf(establish) lalu mewujudkan hipotesis. Selepas itu definasi masalah juga perlu dibuat. Kita bukan sahaja melihat kepda tanda-tanda@simptom tetapi juga melihat kepada paakah masalah yang sebenarnya. Kita juga perlu memberi perhatian kepada peristiwa luar jangka ( non-event/something may happen or maybe there is a risk). hanya selepas itu barulah kita boleh mencari informasi yang betul yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah.

Sebenarnya informasi tidak 'intuitive' iaitu bukanlah berdasarkan perasaan atau diilhamkan. Kita perlu mencari dan membuat kajian untuk mendapatkan ilmu pengetahuan itu. Dan informasi yang kita peroleh perlulah sahih (accurate')dan objektif serta relevan.

Kami juga diperkenalkan tentang konsep Basic Business Research dan Kaedah Saintifik yang digunakan dalam kajian. Menurut kaedah saintifik, kita memerlukan penegtahuan dan bukti sebelum dapat membuat apa-apa kesimpulan. Kesimpulan yang kita buat berdasarkan bukti-bukti yang dikaitkan dengan  penyelidikan yang lepas, itulah yang dinamakan pengetahuan baru.

Sebenarnya dalam amsa yang singkat banyak topik yang kami pelajari. Untuk tulisan akan datang, saya akan jelas kan serba sedikit tentang Managerial Value of Business Research. untuk penulisan akan datang kemungkinan saya akan menggunakan bahasa Inggeris kerana agak sukarnya juga untuk menerangkan konsep-konsep dalam bahasa Melayu. yang sukarnya ialah proese menterjemahkannya.