Minggu ini tidak ada kelas namun akan diganti pada minggu hadapan. Walaupun baru 2hari hadir kelas DBA (kira 10 jam), banyak tugasan yang perlu dibuat. Yang paling susah ialah hendak buat proposal tesis. Hari tu, dr Zuriah ada komen tentang proposal yang saya buat masa temuduga dulu. Alahai!Banyak pulak kelemahannya. Nak mencari topik yang baru bukan main susah. Memang tidak ada idea. Dr Zuriah kata,untuk mendapat idea perlulah banyak membaca. Bila ada yang bertanya sama ada boleh atau tidak merujuk kepada kajian orang lain dan mengubahsuaikan dengan keadaan dan situasi di Malaysia, beliau membenarkan.
Yang dipentingkan ialah ilmu penegtahuan baru yang tulen, maksudnya bukannya kajian untuk menyelesaikan masalah yang ada namun lebih kepada mencari jawapan kepada sesuatu persoalan yang kita sendiri yang hendak mencari jawapannya. Misalnya kisah Isaac yang mendapat idea untuk mencari jawapan kepda persoalan kenapa buah epal jatuh ke bawah. Daripada idea itulah, beliau membuat kajian dan akhirnya menemukan jawpannya iaitu graviti menjadi penyebab epal jatuh ke bawah. Dan ilmu itulah digunakan sehingga ke hari ini.
Saya sudah mencari bahan (yang pastinya masih belum cukup) namun masih belum berkesempatan utnuk meneliti satu persatu. Membaca,membaca dan membaca merupakan tindakan yang harus saya lakukan. Ah!Letihnya. Namun masalah sebenarnya saya bukanlah aktiviti membaca itu. Saya suka membaca terutama perkara-perkara baru. Yang jadi masalahnya ialah masa. Banyak perkara yang perlu saya lakukan sedangkan masanya seakan tidak mencukupi.
Saya perlu membuat kritikan artikel namun artikelnya pun belum habis dibaca. Nota daripada buku teks pun belum berbuat. Ada 6 bab yang perlu dibaca. 30% markah adalah daripada ujian bertulis. Itu pun satu hal. Kena baca jugak. Itulah yang sebenarnya DBA ini. Proses mencari ilmu memerlukan pembacaan yang banyak. Banyak membaca luas pengetahuan.
Saya hanya meluangkan masa sedikit untuk menulis di blog ini. Itupun sekadar untuk menghilangkan letih mencari bahan untuk proposal. saya tidak pasti apa yang akan saya lakukan selepas ini. Sama ada membaca teks dan cuba membuat kritikan artikel ataupun membaca bahan-bahan yang sudah saya kumpulkan untuk mendapat idea topik proposal saya. Ataupun saya lupakan tentang DBA untuk sementara waktu dan kembali menyambung penulisan novel. Dalam amsa yang sama saya teringatkan Perancangan Strategi Panitia dan Komuniti yang perlu saya siapkan kerana tarikh akhir hantar ialah pertengahan Julai.
Apa-apapun saya akan pastikan masa saya tidak akan berlalu sia-sia. kalau tidak dapat selesaikan semuanya, dapat satu tindakan yang bermanfaat dapat dilakukan pun sudah memadai. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit cuma masalah sekarang ialah daripada segi masa.
No comments:
Post a Comment