3 JULAI 2010
Hari ini merupakan hari pertama saya menghadiri kelas DBA saya di Kampus Cawangan Ipoh (Seksyen 18 pasir Puteh). Pad mulanya berat untuk saya hadiri kelas. Melihatkan keadaan suami yang baru diserang sesak nafas, berat rasa hati untuk meninggalkannya, biarpun dia sudah dalam kembali pulih. Jam 1.20 petang pun saya masih teragak-agak untuk pergi sedangkan jam 1.45 petang saya harus keluar dari rumah kerana perjalanan dari Gopeng untuk ke sana mengambil masa lebih kurang 30 minit dan kelas bermula jam 2.30 petang.
Sepanjang perjalanan, saya masih tertanya-tanya. Betulkah tindakan saya ini? Apakah yang sebenarnya yang saya cari? Adakah semata-mata gelaran Dr atau apa? saya mula meragui diri. Saya bertanya pada diri,"Adakah ini yang Allah takdirkan untuk saya? saya mohon agar diberi kedudukan yang tinggi di mata orang lain tetapi rendah di mata sendiri. Memang terasa diri begitu kerdil. Saya tidak punyai apa-apa berbanding insan lain. Tapi saya cukup gembira dengan kehidupan saya, keluarga saya dan pekerjaan saya.
Sampai di kampus, hati masih berdebar-debar. Semasa meletakkan kenderaan, saya telah ditegur oleh pengawal keselamatan di petak letak kereta yang kedua. Di sisi hadapan bangunan kampus, hanya terdapat 3 petak meletak kereta. yang pertama sudah ada kereta dan saya letakkan kereta saya di petak ketiga. Namun 'pak guard' mengisyaratkan untuk saya letakkan di petak kedua. Saya berat untuk melakukan itu sebab saya bimbang sekiranya hendak balik, saya tidak dapat mengeluarkan kereta saya dari tempat tersebut kerana kedudukannya terlalau hampir antara satu sama lain.
Apa-apapun saya merupakan orang ketiga sampai. Ketika itu Dr Zuriah yang juga merupakan Pengarah Program Lepasan Ijazah UitM sudahpun sampai. Ketika itu, ada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai kamal (yang kemudiannya saya ketahui merupakan pensyarah UiTM Seri Iskandar dalam bidang IT). Seorang lagi ialah Raziah iaitu bekas pelajar EMBA UiTM Seri iskandar Batch Pertama.maksudnya dia ialah senior saya kerana saya bekas pelajar EMBA Batch 3.
Keseluruhannya kami ada 14 orang (yang telah mendaftar) dan esok akan hadir seorang lagi pelajar DBA. pada peringkat awal, Dr Zuriah menceritakan perihal Program DBA UiTM, berkaitan bilangan pelajar, kampus cawangan dan lain-lain yang saya tidak berapa ingat. Agak menarik juga perjalanan danperancangan yang cuba diaturkan oleh UiTM dalam emlahirkan ilmuan Melayu khasnya.
Pada hari ini kelas pertama ialah berkatan Metodology Penyelidikan. dari segi penilaian pula terbahagi kepada 4 bentuk:
Kritikan Artikel
Persembahan
Proposal Penyelidikan
Ujian 1&2
yang menjadi cabaran besar ialah segala-galanya dilaksanakan dalam masa sebulan iaitu dari kelas pertama 13/7/2010 hingga 1/8/2010. kalau diikutkan tidak sampai genap 30 hari pun.
Kata Dr Zuriah," Sebenarnya DBA lebih susah daripada PHD kerana melibatkan kerja kursus, kuliah, peperiksaan dan pembentangan. Kali ini (berbeza daripada program EMBA) tumpuan lebih kepada kerja persendirian buakn lagi kumpulan. Tujuan segala kursus adalah untuk membentuk karektor bagi pelajar DBA supaya akhirnya mampu bergerak sendiri dan melahirkan disertasi yang mencapai standard yang diinginkan oleh UiTM. kalau dalam EMBA, kami dikehendaki untuk membuat Applied Business Project namun kali ini penyelidikan haruslah lebih kepada penyelidikan tulen (pure research).
Belum pun apa-apa, kami sudah diserahkan tugas yang pertama ialah kritikan artikel " The role of broader context and the communication program in merger and acquisition implementation success". Yang mahu dikritik ialah dari segi 8 elemen (panduan kritikan sudah diberikan). Yang perlu diberi perhatian ialah:
1) Adakah subjek benar-benar dikaji?
2) Adakah rujukan penyeldikan telah dibuat?
3) Adakah penyelidikan berdasarkan element yang boleh dipercayai (reliable)
4) Apakah 'theoretical framework' yang digunakan?
5) Method sample
6) Implimentasi
7) Analisis
8) Kesimpulan
Ah! Agak sukar juga saya untuk menterjemahkan istilah-istilah yang digunakan. Medium bahsa yang digunakan oleh UiTM tentulah bahasa Inggeris. Itulah cabaran besar juga bagi saya kerana saya kurang fasih berbahasa Inggeris. Saya lebih yakin dalam menulis dalam bahasa Inggeris tetapi keyakinan untuk berbual dalam bahsa kedua itu agak kurang. Sememangnya bahasa perlu dipraktikkan setiap hari sedangkan saya tidak menggunakan bahasa Inggeris dalam kehidupan saya ataupun pekerjaan saya sebagai guru. Apa tidaknya, saya ialah guru bahasa Melayu.
Separuh masa untuk kelas 4 jam pada hari sabtu lebih kepada latar belakang DBA dan tugasan-tugasan yang perlu dilakukan (termasuk syarat-syarat tugasan) bagi kertas Metodology Penyelidikan . untuk Kritikan Artikel ,kami hanya perlu menulis 3 muka surat sahaja. Tummpuan penulisan pada ringkasan artikel, kekuatan dan kelemahan (yang dilihat daripada 8 elemen yang telah saya etrangkan) dan cadangan untuk penambahbaikan. Tujuan tugasan ini supaya pelajar DBA mampu membentangkannya dalam seminat atau konferense.
Proposal Penyelidikan pula perlu ditulis dalam 10-20 muka surat. Sebarang rujukan internet dengan alamat url adalah tidak dibenarkan dan dianggap bukan tahap DBA. begitu juga pandangan individu. Segalanya perlu berlandaskan rujukan dan penyelidikan lepas yang dibuktikan sah dan diterima. Lebih mudah jika penyelidikan lepas diambil daripada journal yang telah diiktiraf. Kami dinasihatkan supaya dalam mengkritik atau membicarakan tentang sesuatu kaedah atau penyelidikan lepas, kami tidak lupa untuk memberi perhatian terhadap tokoh-tokoh penyelidikan dalam bidang berkenaan dan 'quote' teori dan akedah yang digunakan. Adalah tidak logik kiranya kami membicarakan tentang pemasaran tetapi langsung tidak menyentuh tentang teori pemasaran dan tokoh yang mencipta teori tersebut. Untuk proposal DBA, kami dinasihatkan supaya memebuat lebih kurang 25 penyelidikan perpustakaan 'library research' kerana dalam tesis kami nanti , perlua da lebih kurang 50 penyelidikan perpustakaan. Lupa untuk saya jelas bahawa, untuk DBA, kami perlu memastikan bahawa penyelidikan kami perlu diterbitkan dalam journal yang telah diiktiraf dengan memasukkan sekali nama penyelia.
Topik pertam kuliah ialah tentang Penyelidikan Perniagaan. Kata Dr Zuriah " Sebenarnya dlam apapun aspek kehidupan, kita memerlukan ilmu. Untuk beramal ibadat pun kita perlukan ilmu sebelum tindakan. Menuntut ilmu merupakan tuntutan pertama oleh Allah. Kemudian kita perlu menagmalkan ilmu yang kita peroleh itu"
Begitu juga halnya dengan Perniagaan. Sebelum berjaya, kita perlukan ilmu. oleh itu dlaam penyelidikan perniagaan segalanya bermula dari idea@ construct yang diperoleh daripada pemerhatian atau pandangan tentang fenomena yang berlaku di sekeliling kita. Hali ini yang memberikan idea topik untuk dikaji.Lebih kepada kita bertanya untuk mendapat jawapan "ask to seek answer'
Hanya selepas itu, barulah kita melihat kepada teori yang telah digunaka pakai atau diiktiraf(establish) lalu mewujudkan hipotesis. Selepas itu definasi masalah juga perlu dibuat. Kita bukan sahaja melihat kepda tanda-tanda@simptom tetapi juga melihat kepada paakah masalah yang sebenarnya. Kita juga perlu memberi perhatian kepada peristiwa luar jangka ( non-event/something may happen or maybe there is a risk). hanya selepas itu barulah kita boleh mencari informasi yang betul yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah.
Sebenarnya informasi tidak 'intuitive' iaitu bukanlah berdasarkan perasaan atau diilhamkan. Kita perlu mencari dan membuat kajian untuk mendapatkan ilmu pengetahuan itu. Dan informasi yang kita peroleh perlulah sahih (accurate')dan objektif serta relevan.
Kami juga diperkenalkan tentang konsep Basic Business Research dan Kaedah Saintifik yang digunakan dalam kajian. Menurut kaedah saintifik, kita memerlukan penegtahuan dan bukti sebelum dapat membuat apa-apa kesimpulan. Kesimpulan yang kita buat berdasarkan bukti-bukti yang dikaitkan dengan penyelidikan yang lepas, itulah yang dinamakan pengetahuan baru.
Sebenarnya dalam amsa yang singkat banyak topik yang kami pelajari. Untuk tulisan akan datang, saya akan jelas kan serba sedikit tentang Managerial Value of Business Research. untuk penulisan akan datang kemungkinan saya akan menggunakan bahasa Inggeris kerana agak sukarnya juga untuk menerangkan konsep-konsep dalam bahasa Melayu. yang sukarnya ialah proese menterjemahkannya.
Salam puan,
ReplyDeletesekiranya tidak keberatan, boleh berikan alamat email puan, sy just nak tanya pendapat mengenai program dan pengalaman DBA puan.... email sy fauzi.ahmad.marzuki@gmail.com.... thanks
Fauzi
Salam puan, Saya berminat untuk mengikuti program DBA ini setelah setahun saya memiliki MBA dari UUM. Penulisan puan ini banyak membantu saya mendapatkan gambaran sebenar tentang program DBA ini. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman puan ini dan saya akan sentiasa mengikuti perkembangan penulisan puan dari masa kesemasa. Jika tidak keberatan boleh kah saya mendapatkan alamat Email puan? Email saya adalah rushdibaharum@gmail.com
ReplyDeleteSemasa saya mengikuti program MBA UUM (accounting) 1999 hingga 2002 memang kami tidak belajar case study.. UUM menekankan journal critics setiap waktu belajar.terutama empirical journal minggu depan saya start kelas DBA setelah lame tinggal 2002....kalau DBA macamni bagus la
ReplyDeletesaya baru menamatkan exekutif master biz mgt dari uni msia pahang. saya bercadang nak sampai dba dlm negara. saya tidak mempunyai sebarang maklumat ttg dba atau layak kah saya mengikuti program dba atau phd. mohon rakan2 boleh beri nasdihat. tq
ReplyDeletesaya juga bercadang untuk mendapatkan atau mencari geran atau bisiswa atau skim yang boleh menampung kos pembelajaran saya nanti.saya boleh dihubungi mokhtarahmad.mba@gmail.com
ReplyDeleteSaya bekas pegawai bank dan kini peguam jenayah. Saya memiliki Diploma in Businesd Studies, LLB (Hons), LLM dan post-graduate Diploma in Syarie Law and Practice, semuanya dari ITM/UiTM. Layakkah saya ambik DBA (UiTM)?
ReplyDeleteSalam.
ReplyDelete