4/7/2010
Hari ini merupakan kelas kedua. Hari ini mula terasa susahnya DBA. Paling susah untuk membuat proposal untuk disertasi. Masing-masing dalam keadaan 'ambiguity' (entah betul atau tidak ejaannya-dah malas nak kira,otak dah letih). nasihat dr Zuriah, banyak membaca. Tak faham lagi, baca. tak faham, baca. Yang penting katanya ialah membuat banyak bacaan dan dari bacaan itulah baru munculnya idea. Daripada idea barulah diwujudkan persoalan dan seterusnya hipotesis. Katanya lagi, mencari 'pure knowledge' memang susah. Nak menjadikan sesuatu itu maklumat baru pun susah. DBA lebih merupakan pengalaman mencari ilmu. Mungkin benar, inilah perjalanan yang sebenarnya. Mencari ilmu untuk mengenal Allah.
Walaupun cabarannya besar, saya yakin jika inilah jalan yang terbaik untuk saya, insyaAllah akan saya buat yang terbaik. jadi langkah pertama yang perlu saya lakukan ialah membaca. Lepas solat Maghrib nanti, saya hendak baca journal dan mencari maklumat di internet. langkah pertama itu amat penting.
Emak saya bertanya tentang kelas pada hari ini. Terharunya saya. Walaupun sudah berumur 40 tahun, emak masih mengambil berat tentang diri saya. Yang paling seronok kerana emak memberi semangat kepada saya untuk mencapai cita-cita. Alhamdulillah, emak telah memberi restu kepada saya. Begitu juga suami dan anak-anak saya. Moga Allah mempermudahkan. Amin.
No comments:
Post a Comment