Nak mendapat idea perlu membaca.Apa bahan yang perlu dibaca?Tak pasti di mana harus dimulakan. Akhirnya membaca tesis PHD yang cadangnya nak direplicate.(entah betul atau tidak ejaan tu). Adalah nampak sedikit laluannya walaupun masih samar-samar. Pagi ini melayari internet dengan mula mencari maklumat sekolah agama di Perak. Hendak dapat maklumat sekolah agama kerana cadangnya kajian tentang gaya kepimpinan pengetua di sekolah agama. Rasanya (sebab tak yakin lagi significant constribution pada penegtahuan baru) nak lihat dan jadikan panduan model kepimpinan yang boleh diguna pakai oleh penegtua sekolah agama yang lain untuk membantu meningkatkan keberkesanan misi dan visis sekolah demi pembangunan ummah.
Itulah cadangnya. Cuma mencari maklumat dan membaca, memang memakan masa sedangkan ada lagi seminggu sahaja hendak hantar proposal. Pening dan risau dibuatnya. dalam pada itu kerja sendiri pun ada target perlu dicapai. Apa-apapun langkah perlu diatur. Semoga Allah permudahkan.
Hari ini ,saya akan menghadiri Corporate Talk oleh pensyarah dari UK. Tak tau lah macamana keadaannya. Bestnya, pengetua bagi pelepasan kerana kehadiran memberi extra credit pada DBA nanti. Harap-harap pencarian ilmu mendatangkan manfaat pada diri dan anak bangsa. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment