Kritikan artikel pertama sudah siap. Malam tadi pulun habis menyiapkannya. Hari ini edit mana yang patut. Sebenarnya itulah yang terbaik dapat dibuat. namun masih tak berapa pasti, betul atau tidak kritikan yang dibuat.
Semalam, selepas menghadiri Corporate Talik oleh Dr King dari Universiti Leeds, UK, berjumpalah pula dengan Sazana, rakan DBA yang juga pensyarah Politeknik Ungku Umar. Memang sudah buat perancangan untuk berbincang tentang tugasan mengkritikan hasil kajian orang lain. Sebelum itu, bertemu juga dengan Haji Helmi (penghulu DBA3) dan kak Raziah. Pertemuan yang singkat digunakan untuk berbincang tentang tugasan. Dapat juga sedikit sebnayak input berguna hasil perbincangan yang diadakan di pintu keluar dari Hotel Impiana. Hanya selepas itu, saya dan zana pergi ke lobi dan berbincang tentang artikle yang diberikan oleh Dr Zuriah. Teringat pula pada pertemuan lalu lewat pengajian sarjana Bahasa Melayu dengan pensyarah,En Wong. Biasalnya kami berdiskusi di lobi hotel ketika beliau datang ke Ipoh (menghadiri kuliah separuh masa UM). Kesempatan diambil sebelum beliau pergi ke kuliah untuk mengajar.
Pertemuan dnegan Zana membuahkan sedikit idea tambahan namun masih tidak pasti bagaimana hendak memulakan penulisan. Saya sudah mengambil beberapa panduan mengkritik artikel daripada internet. Memang banyak membantu.
Malamnya saya tidur awal. Mengantuk sangat. Saya tidak pasti pukul berapa saya bangun tetapi bila tersedar saya terus bersolat malam. Saya yakin dengan cara itu, Allah akan memudahkan saya dengan urusan saya. Alhamdulillah, dalam kepayahan ,kritikan artikel dapat saya siapkan. Ketika itu jam sudha menunjukkan 4.30 pagi. Saya rasa kepala mulai berat dan mengambil keputusan untuk tidur. Sebelum itu, saya bersolat syukur. Saya mohon agar saya mampu bersolat malam dan membuat kerja-kerja penulisan pada hari-hari seterusnya. Saya tahu kekuatan dan semangat yang saya miliki bukanlah datang dari dlaam diri namun merupakan kurniaan daripada Allah. Allah yang memungkin segalanya berlaku. Saya tahu tugasa saya berat. Mengikuti DBA juga berat. Namun saya yakin bahawa semuanya ini ada hikmahnya. pasti ada sebab kenapa Allah mengerakkan hati saya untuk terus belajar walaupun dalam masa yang sama bekerja. Pasti ada hikmahnya, kenapa pada waktu ini ,peluang terbuka luas untuk saya untuk menulis dan belajar.
Saya baru menerima surat menyatakan saya mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. hanya di sini, berani saya nyatakan sebab tiada siapa tahu identiti saya. pada rakan-rakan, saya diamkan sahaj berita gembira ini kerana bimbang menimbulkan riak. lagipun saya tidak mahu menimbulkan rasa kurang senang orang lain terhadap rezeki yang saya dapat.Entahlah!Saya rasa pelik. Kenapa setiap kali diumumkan (saya telah berpindah sekolah,kemungkinan mereka mengetahui hakikat saya mendapat APC adalah rendah), nama-nama yang mendapat APC, apsti ada yang tidak berpuas hati,sedangkan saya tidak. Saya tidak pernah terfikir untuk mendapat APC. Namun saya rasa amat bersyukur. Allah memberikan pengalaman yang amat berharga. inilah hikmah Allah sewaktu ditakdirkan saya ditukarkan ke ACS. Memang saya sedih dan berat untuk menerimanya. 2 kali pertukaran saya pohon namun permohonan saya ditolak. akhirnya, saya membuat keputusan utnuk memanfaatkan kehadiran saya di ACS. Rupanya Allah maha Mengetahui. dI ACS,saya belajar utnuk memberi tanpa mengharapkan balasan. Saya lakukan sesuatu untuk sekolah dan anak-anak didik dengan seikhlas hati. Syukur, alhamdulillah. Keikhlasan itu dibalas dengan pelbagai rezeki. saya dinaikkan pangkat dan kini mendapat APC pula. Bukan sekadar itu, saya diberi peluang dan ruang untuk menulis (satu-satunya hobi yang saya minat sejak dulu) dan impian dulu untuk menyambung DBA ditunaikan Allah. Entahlah!Saya amat bersyukur namun dalam masa yang sama saya berasa amat kerdil.Agaknya inilah doa yang Allah makbulkan. Ya Allah! jauhlah daku daripada berasa riak dan takabur dengan kelebihan dan rezeki yang Kau berikan. Jadikanlah aku ,hamba-Mu yang sentiasa bersyukur.Amin.
Selepas ini, petang ini, saya akan mula mendrafkan kembali proposal DBA yang eprlu dihantar minggu hadapan. Biarpun amsih ada seminggu namun, minggu hadapan juga tarikh akhir menghantar kritikan artikel yang kedua. Moga segalanya berjalan lancar.
sangat menarik... mengapa puan mengambil dba dan bukan nyer phd. bukan kah puan dtg dr golongan pendidik.. kebiasaannya pendidik akan menjurus ke arah phd. apakah yg faktornya.
ReplyDeletesangat menarik... mengapa puan mengambil dba dan bukan nyer phd. bukan kah puan dtg dr golongan pendidik.. kebiasaannya pendidik akan menjurus ke arah phd. apakah yg faktornya.
ReplyDelete